Selamat Datang ke Serdang Homestay

Homestay Serdang menyediakan tempat penginapan sementara yang selesa dan lengkap dengan peralatan rumah serta kemudahan di kawasan strategik dengan harga berpatutan. Lokasi berhampiran Homestay Serdang termasuk Putrajaya, Cyberjaya, Equine Park, Serdang, Seri Kembangan, Bukit Jalil, UKM, Bangi, UPM dan sebagainya. Sila layari www.serdanghomestay.com atau hubungi kami sekarang. Sila hubungi 012-609 0837 atau anda boleh emailkan ke pertanyaan@serdanghomestay.com untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.Kami akan membalas pertanyaan anda dengan segera.

Monday, December 31, 2012

Universiti Putra Malaysia (UPM)

Universiti Putra Malaysia


Universiti Putra Malaysia (UPM) yang dahulunya dikenali sebagai Universiti Pertanian Malaysia merupakan salah sebuah Universiti yang bertaraf universiti penyelidikan di Malaysia. UPM terletak di Serdang, bersebelahan dengan Putrajaya. UPM Serdang yang berkeluasan 1108.103 hektar ini adalah sebuah Pusat Pengajian dan Penyelidikan yang mempunyai reputasi bertaraf antarabangsa, Kampus utama UPM terletak di Serdang, Selangor menawarkan pendidikan peringkat ijazah sarjana muda, sarjana, dan kedoktoran. Pelbagai kemudahan ditawarkan untuk keselesaan para pelajar.

Tuesday, December 25, 2012

SEGI College




Kolej SEGi Seri Kembangan yang ditubuhkan pada tahun 2002 merupakan salah sebuah institusi pendidikan tinggi terbesar yang memiliki reputasi dan rekod yang cemerlang.

Kolej SEGi Seri Kembangan (dahulunya dikenali sebagai Kolej Antarabangsa MSC) dinaik taraf pada tahun 2006. Ia bertempat di Blok A, Edu-Mall South City Plaza, bersebelahan dengan Lebuhraya KL-Seremban dan berdekatan dengan Mines Shopping Center. Kolej SEGi Seri Kembangan amat berbeza berbanding Kolej SEGi yang lain kerana Kolej SEGi Seri Kembangan menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya sebagai bahasa pengantar.

Kolej SEGi Seri Kembangan menawarkan kursus Diploma Multimedia Kreatif, Diploma Seni Kulinari, Diploma Perakaunan, Diploma Pemasaran, Diploma Pentadbiran Perniagaan, Diploma Teknologi Automatif, Diploma Teknologi Maklumat, dan Diploma Pengurusan Hotel.