Selamat Datang ke Serdang Homestay

Homestay Serdang menyediakan tempat penginapan sementara yang selesa dan lengkap dengan peralatan rumah serta kemudahan di kawasan strategik dengan harga berpatutan. Lokasi berhampiran Homestay Serdang termasuk Putrajaya, Cyberjaya, Equine Park, Serdang, Seri Kembangan, Bukit Jalil, UKM, Bangi, UPM dan sebagainya. Sila layari www.serdanghomestay.com atau hubungi kami sekarang. Sila hubungi 012-609 0837 atau anda boleh emailkan ke pertanyaan@serdanghomestay.com untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.Kami akan membalas pertanyaan anda dengan segera.

Monday, January 21, 2013

Serdang Homestay

Selamat Datang ke Serdang Homestay di Seri Kembangan, Selangor.

Kami mengalu-alukan kedatangan anda ke homestay kami yang tenang lagi mendamaikan di Serdang, Seri Kembangan.

Lima sebab untuk anda membaca blog ini sebelum memilih Homestay kami.....klik sini

Sunday, January 20, 2013

Homestay Serdang Jenis 1


Terdapat 3 bilik tidur dan 2 bilik air di Serdang Homestay. Master bedroom mempunyai bilik air sendiri dengan kemudahan water heater. Terdapat air-cond dan juga kipas siling sebagai pilihan untuk tetamu kami bermalam.

Bilik Master yang Luas dengan Katil Saiz Queen

peralatan, perabot, kelengkapan baru

Dengan Kelengkapan Perabot Serba Baru


Di bilik tidur kedua disediakan katil queen size dan kemudahan kipas siling serta perabot lengkap seperti almari, meja solek, meja kecil dan langsir.

Katil Queen di Bilik Kedua
Di bilik tidur ketiga pula dilengkapi dengan katil size single dan kemudahan kipas siling serta perabot almari, meja kecil dan langsir. Katil tambahan atas permintaan sahaja.  


Bilik Ketiga


Ruang Tamu

Keselesaan anda menjadi keutamaan kami. Ruang tamu yang luas, set sofa , set tv, set meja belajar dan kipas siling kami sediakan untuk tetamu kami. Untuk tetamu yang ingin memasak di Serdang Homestay, kami menyediakan kemudahan memasak yang asas, pinggan mangkuk,sudu dan garpu, cerek elektrik, periuk memasak, dapur gas, tong gas, meja makan dan peti sejuk untuk tetamu kami. Untuk membasuh pakaian, kami sediakan mesin basuh automatik.
Ruang Tamu yang Besar dan Luas

Mesin Basuh Automatik
Peti Sejuk
 Kemudahan-Kemudahan Lain

Kolam Renang


Saturday, January 19, 2013

Kelab Lumba Kuda Selangor

Selangor Turf Club


Kelab Lumba Kuda Selangor (Selangor Turf Club) yang terletak di Seri Kembangan, Selangor memulakan aktiviti perlumbaan kuda bermula pada tahun 1800. Ramai peminat kuda dan lumba kuda yang berkunjung ke sini untuk melihat lumba kuda yang kuda biasanya diadakan pada hari Sabtu dan Ahad.

Antara acara-acara menarik yang diadakan adalah International Racing Carnival, Triple Crown Series menampilkan perlumbaan Piala Emas Sultan Selangor, International Jockeys Championship dan International Racing Carnival.

Putrajaya

Putrajaya


Putrajaya merupakan pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan Malaysia yang mengambil-alih Kuala Lumpur pada 1999. Putrajaya, terletak kira-kira 25 kilometer di selatan Kuala Lumpur adalah sebuah bandaraya futuristik yang mengaplikasikan dan berdasarkan kepada kecanggihan teknologi maklumat atau Information Technology. Putrajaya merupakan salah satu Bandar yang terlibat dalam rancangan kerajaan Koridor Raya Multimedia atau Multimedia Super di samping kawasan Menara Berkembar Petronas,  Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Cyberjaya. 

Putrajaya mengandungi Kompleks Pejabat Perdana Menteri, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, perumahan, kemudahan komersial, kemudahan sosial dan kemudahan keagamaan. Tasik Putrajaya yang terletak di tengah-tengah bandaraya menjadi menjadi tempat untuk aktiviti riadah, memancing, permainan sukan air dan pengangkutan air di Wilayah Persekutuan.

Mines Resort City

Mines Resort City


Mines Resort City merupakan sebuah kawasan pelancongan yang mempunyai keluasan 1000 ekar berlokasi di Seri Kembangan, Selangor. Anggaran masa perjalanan kira-kira 5 minit dari Serdang dan Balakong, 15 minit dari Pusat Bandaraya Kuala Lumpur dan 20 minit dari Putrajaya. Mines terletak tidak jauh dari Serdang, Kajang , Sungai Besi, Puchong, UKM, UPM, Kuala Lumpur City Centre, Salak Selatan, KLIA, Cyberjaya, Putrajaya, Koridor Raya Multimedia (MSC) dan Astro. Jalan berdekatan ialah Jalan Sungai Besi, Jalan Balakong dan Jalan Kuda Emas. Jarak ke Kelab lumba Kuda Selangor, Sungai Besi hanya 3 km sahaja. 

Mines Shopping Mall

The Mines, yang sebelum ini dikenali sebagai Mines Shopping Fair telah menaik taraf, menambahkan ruang runcit, merombak sistem car park serta membina jambatan pautan tambahan. The Mines menyediakan platform hiburan yang menyeronokkan kepada para pengunjung dari semua peringkat umur seperti TGV Cinema, Bowling dan Pusat Karaoke Keluarga.Pengunjung kini boleh menikmati pilihan tempat makan yang baru dan menarik seperti Oldtown Kopi Subway, Breadstory, Carl Jr, Secret Recipe, Pizza San Francisco. Selain itu, The Mines menawarkan fesyen & aksesori jenama seperti Nichii, Kitschen, Hush Puppies, Voir Gallery & sebagainya.