Selamat Datang ke Serdang Homestay

Homestay Serdang menyediakan tempat penginapan sementara yang selesa dan lengkap dengan peralatan rumah serta kemudahan di kawasan strategik dengan harga berpatutan. Lokasi berhampiran Homestay Serdang termasuk Putrajaya, Cyberjaya, Equine Park, Serdang, Seri Kembangan, Bukit Jalil, UKM, Bangi, UPM dan sebagainya. Sila layari www.serdanghomestay.com atau hubungi kami sekarang. Sila hubungi 012-609 0837 atau anda boleh emailkan ke pertanyaan@serdanghomestay.com untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.Kami akan membalas pertanyaan anda dengan segera.

Tuesday, January 1, 2013

Cara ke Serdang, Seri Kembangan



Serdang terletak berdekatan dengan Kuala Lumpur, Putrajaya, Cyberjaya, Bangi, Kajang,Cheras dan Petaling Jaya. Pembinaan lebuh raya membolehkan bandar-bandar dihubungkan di antara satu sama lain. Lebuh raya berhampiran ialah Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Lebuh raya Kesas, Lebuh raya Kuala-Lumpur Seremban, Lebuh raya Bukit Jalil, Lebuh raya Maju atau Maju Expressway (MEX), Lebuh raya Sungai Besi (Besraya Highway) dan Lebuh raya Persekutuan. Serdang juga terletak bersebelahan Lebuhraya Utara-Selatan, di antara Kuala Lumpur dan Bangi. Selain itu, terdapat juga landasan kereta api yang digunakan oleh KTM Komuter iaitu Stesen KTM Serdang. Stesen Serdang dapat dihubungkan ke KL Sentral Stesen melalui Stesen Mid Valley. Selain KTM Komuter, Stesen Sentral menempatkan perkhidmatan-perkhidmatan pengangkutan seperti Express Rail Link (ERL), KLIA Ekspres dan KLIA Transit, KTM Antarabandar, RapidKL Rail.

No comments:

Post a Comment