Selamat Datang ke Serdang Homestay

Homestay Serdang menyediakan tempat penginapan sementara yang selesa dan lengkap dengan peralatan rumah serta kemudahan di kawasan strategik dengan harga berpatutan. Lokasi berhampiran Homestay Serdang termasuk Putrajaya, Cyberjaya, Equine Park, Serdang, Seri Kembangan, Bukit Jalil, UKM, Bangi, UPM dan sebagainya. Sila layari www.serdanghomestay.com atau hubungi kami sekarang. Sila hubungi 012-609 0837 atau anda boleh emailkan ke pertanyaan@serdanghomestay.com untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.Kami akan membalas pertanyaan anda dengan segera.

Saturday, January 19, 2013

Putrajaya

Putrajaya


Putrajaya merupakan pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan Malaysia yang mengambil-alih Kuala Lumpur pada 1999. Putrajaya, terletak kira-kira 25 kilometer di selatan Kuala Lumpur adalah sebuah bandaraya futuristik yang mengaplikasikan dan berdasarkan kepada kecanggihan teknologi maklumat atau Information Technology. Putrajaya merupakan salah satu Bandar yang terlibat dalam rancangan kerajaan Koridor Raya Multimedia atau Multimedia Super di samping kawasan Menara Berkembar Petronas,  Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Cyberjaya. 

Putrajaya mengandungi Kompleks Pejabat Perdana Menteri, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, perumahan, kemudahan komersial, kemudahan sosial dan kemudahan keagamaan. Tasik Putrajaya yang terletak di tengah-tengah bandaraya menjadi menjadi tempat untuk aktiviti riadah, memancing, permainan sukan air dan pengangkutan air di Wilayah Persekutuan.

No comments:

Post a Comment