Selamat Datang ke Serdang Homestay

Homestay Serdang menyediakan tempat penginapan sementara yang selesa dan lengkap dengan peralatan rumah serta kemudahan di kawasan strategik dengan harga berpatutan. Lokasi berhampiran Homestay Serdang termasuk Putrajaya, Cyberjaya, Equine Park, Serdang, Seri Kembangan, Bukit Jalil, UKM, Bangi, UPM dan sebagainya. Sila layari www.serdanghomestay.com atau hubungi kami sekarang. Sila hubungi 012-609 0837 atau anda boleh emailkan ke pertanyaan@serdanghomestay.com untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.Kami akan membalas pertanyaan anda dengan segera.

Monday, January 7, 2013

Serdang di Seri Kembangan



Serdang, Seri Kembangan adalah sebuah bandar baru yang pesat membangun di daerah Petaling, Selangor Darul Ehsan. Seri Kembangan merangkumi kawasan dari Balakong, Taman Lestari Perdana, Taman Serdang Raya yang terletak bersebelahan dengan Taman Puncak Jalil, Bandar Putra Permai, Taman Equine dan Taman Lestari Putra. Kawasan perumahan di sini padat penduduk hasil limpahan dari kawasan Lembah Kelang. Serdang boleh dibahagikan kepada Serdang Lama dan Serdang Baru. Serdang terletak di bahagian selatan Kuala Lumpur lebih kurang 15 km melalui Lebuhraya Sungai Besi. Serdang Lama terletak berdekatan dengan Balakong di bahagian timur dan Seri Kembangan (Serdang Baru) di bahagian utara.

No comments:

Post a Comment