Selamat Datang ke Serdang Homestay

Homestay Serdang menyediakan tempat penginapan sementara yang selesa dan lengkap dengan peralatan rumah serta kemudahan di kawasan strategik dengan harga berpatutan. Lokasi berhampiran Homestay Serdang termasuk Putrajaya, Cyberjaya, Equine Park, Serdang, Seri Kembangan, Bukit Jalil, UKM, Bangi, UPM dan sebagainya. Sila layari www.serdanghomestay.com atau hubungi kami sekarang. Sila hubungi 012-609 0837 atau anda boleh emailkan ke pertanyaan@serdanghomestay.com untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.Kami akan membalas pertanyaan anda dengan segera.

Tuesday, January 1, 2013

Cyberjaya



Cyberjaya ialah sebuah bandar dengan satu taman sains sebagai teras yang menjadi tulang belakang Koridor Raya Multimedia di Malaysia. Ia terletak di daerah Sepang, Selangor, kira-kira 50km dari Kuala Lumpur, ibu kota Malaysia. Upacara pembukaan rasmi Cyberjaya telah diadakan pada tahun 1997 oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Cyberjaya merupakan buah fikiran Tun Dr Mahathir.

Cyberjaya  dibangunkan daripada ladang kelapa sawit. Bandar ini mempunyai banyak bangunan komersial, syarikat-syarikat bertaraf MSC, universiti-universiti, kelab komuniti dan ibu pejabat kerajaan tempatan. Antara syarikat-syarikat yang beroperasi di Cyberjaya ialah T-systems, Dell, HP, DHL, Satyam, Wipro, HSBC, Ericsson, Motorola, OCBC, BMW, IBM, Shell IT, Monster.com dan Vivanova Systems. Universiti dan kolej terkenal yang terletak di Cyberjaya termasuk Multimedia University atau lebih dikenali sebagai MMU dan Cyberjaya University College of Medical Sciences.

No comments:

Post a Comment